Tuesday, October 27, 2009

Jaga 3 Perkara Ketika Berguru

Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.

1. Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?

2. Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.

3. Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau?yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.

Ingat putera & puteriku semua, jaga adab ketika menuntut ilmu. Ilmu itu cahaya, ia tidak akan masuk dalam hati yang gelap. Beradablah ketika bersama guru.

Anda Bertanya, Allah Menjawab !

Kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)




ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

Monday, October 26, 2009

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, ............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa .........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ......
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
g) Sebagai contohnya
h) Biar kita lihat
i) Biar kita ambil contoh
j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah
k) Sebagai analoginya,
l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


Penanda wacana menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,


PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

• Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
• Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
• Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………


Penanda wacana menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

• Bagi sesetengah orang …
• Begitu juga dengan …
• Begitu juga halnya dengan …
• Bertitik tolak daripada itu …
• Bukan itu sahaja …
• Dalam hal ini …
• Dalam konteks ini ..
• Dalam zaman yang serba canggih ini …
• Daripada realiti ini dapat kita katakan
bahawa …
• Dengan adanya …
• Dengan berbuat demikian …
• Dengan perkataan lain ..
• Disebabkan hal itu
• Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
• Hal ini berlaku disebabkan
• Hal ini penting dalam
• Hal ini serupa dengan
• Hal yang serupa berlaku apabila
• Ini disebabkan
• Ini membuktikan bahawa
• Ini menggambarkan bahawa
• Ini secara tidak langsung akan
• Ini semua meninggalkan kesan kerana
• Ini tentu sekali membuatkan
• Jadi kita perlu
• Jadi kita hendaklah
• Keadaan ini tentunya
• Lantaran itu sehingga kini
• Kesemua ini menyumbang kepada
• Kita mengakui hakikat bahawa
• Kita sering menonton di kaca televisyen
• Kita sering membaca di dada-dada akhbar
• Memandangkan keadaan yang sedemikian
• Namun sejak kebelakangan ini
• Oleh itu, bolehlah dikatakan
• Secara logiknya masa yang
• Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
• Keadaan ini seharusnya boleh
• Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
• Kendatipun demikian, kita masih
• Yang paling nyata ialah
• Yang perlu kita pastikan ialah

Penanda memulakan isi baharu

Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

5) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

• Kita dapat menyaksikan betapa…
• Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
• Lazimnya, dalam keadaan …
• Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
• Pada hemat saya …
• Pada pandangan saya …
• Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
• Sebagaimana yang kita ketahui
• Sebagaimana yang kita maklumi
• Sejak awal lagi
• Sejak kebelakangan ini
• Selain itu, pada masa ini juga
• Seperti yang telah dinyatakan
• Umum mengetahui bahawa
• Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan
di atas

Penanda Wacana Memulakan Pendahuluan Karangan

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
n) Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
o) Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
p) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
q) Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
r) Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
s) Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

Tips and Techniques for self study


Tips and Techniques for self study

Report Card Day has come and gone for most schools. Students sitting for SPM PMR would have gotten either praises J or scolding L from their parents.
Here’s some study tips for those of you starting to panic, worry, sweating, pressured etc etc.

First Key
Focus 100% on only 1 thing at any given time.
Concentrate fully on that task for that time. DO NOT allow anything to distract you, and that means NO sms, NO phone calls, NO chatting.
Let’s say you decide to learn Chap 3 of Form 4 Physics – Pressure for the next 1 hour. Then please commit to Focus 100% on that for 1 hour.
Most people (and that includes adults too) live through distraction the whole day. The world is getting more and more ADD, probably due to more and more distractions in our lives. Therefore, many people do not realize the POWER and EFFECTIVENESS of focusing 100% on something, even though it’s only for a short period of time.

Second Key
Use Time Budgeting Technique.
Budget a time for your lesson. Let’s take the example of learning Chap 3 of Form 4 Physics – Pressure. Let’s say you decide to allocate 3 hours to complete the chapter, then stick to the 3 hours. Meaning you don’t give yourself excuses and do something else in that 3 hours. (toilet break is acceptable J)
It doesn’t matter whether the time allocated is enough or not. What matters is you learn the habit of FOCUSING 100% on a given task. I guarantee after FOCUSING 100% for 3 hours, you’ll definitely see significant improvement of understanding in that Chapter.
Please stop after 3 hours. Don’t over shoot your budgeted time. Learn to be disciplined.
You can be flexible – but please understand that if you’re always flexible with your time, you’ll not have enough time to finish your syllabus. Learn to balance flexibility with discipline.

Third Key
Chunk Down your lessons.
Slice your budgeted 3 hours into smaller lessons. Preferably complete the lessons within a day or 2. Maximum 3 days if the chapter is long.
For example – you may decide to study 1 hour each lesson. You can study 1 hour in the morning, 1 hour in the evening and then another hour the next morning. (Remember to give 100% FOCUS to the subject matter in that 1 hour)

Fourth Key
Don’t sit.
That’s right, you heard me the first time. Stand up and look down at your books on the table, or hold the book up with your hands and read it standing over your desk. Do that periodically over your lesson time – I suggest to stand for 5 – 10 min. Or better still, hold the book or your notes and pace a while around your table.
Why? You’ll be less sleepy this way.

Fifth Key
Create a study environment that you like.
If you like music, then study with music. If you like to munch snacks, then study with snacks. If you like cold, then study with the air-cond blasting. (BUT – please make sure you’re giving 100% FOCUS to your lessons and not your snacks!)
Try it out – You’ll be amazed with the Power of 100% Focus

Soalan Ramalan SPM 2009


Faktor kemunculan Melaka
a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara? ( 8 Markah )


F1 Strategik - Melaka adalah terletak di kedudukan yang strategik

H1a Ia terletak di tengah jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya

H1b tanpa perlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.

F2 Melaka juga telah menyedikan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar

H2a segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.

H2b Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan Jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.

H2b Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-Undang Laut Melaka.

H2c Di dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya.

F3 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertutukan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya.

F4 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.

F5 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.

b) Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.

F2 Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan

H2a dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.

F3 Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, cukai telah dibayar terhadap barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.

F4 Cukai tetap( cukai import ) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.

F5 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa.

F7 Pedagang dari Jepun, dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.

H7a Barang makanan seperti beras adalah tidak dikenakan cukai.

F8 Tedapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing yang datang dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka sebanyak tiga peratus

F9 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus.

F10 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka

F11 Pengaruh islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.

F12 Di dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat penegasan berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba, begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.

F13 Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan kaya supaya membayar zakat harta untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.

F14 Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai suber bantuan kepada ahli masyarakat

( 8 Markah )

c) Berikan Empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya dapat

mempertingkatkan ekonomi Negara? ( 4 Markah )


F1 Memanfaatkan setiap peluang yang ada

F2 Berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mudah berputus asa

F3 mempelbagaikan kegiatan ekonomi

F4 menceburi bidang perdagangan ke peringkat antarabangsa

F5 Generasi hari ini harus giat, berinisiatif dan bersedia menguasahakan kekayaan Negara

F6 Sama-sama berganding bahu dalam memperingkatkan ekonomi Negara

F7 Berani menceburi bidang-bidang baru yang masih belum diterokai

POSTED BY LAMAN SEJARAH AT 10:35 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST
Soalan Ramalan spm 2009 - Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung
a) Berikan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung? ( 8 Markah )

F1 Adat Perpatih berasal dari Palembang, dan telah disusun oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannya di Pagar Ruyong.

H1a Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan pemerintahannya di Palembang.

F2 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdadapat di Negeri Sembilan.

H2a Dalam adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu dan Tok Penggawa

F3 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan disemua negeri di Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan.

H3a manakala Adat Temenggung di amalkan di Negeri Sembilan sahaja

F4 Adat Perpatih adalah bersifatmatrilinear yang mengutamakan jurai keturunan ibu.

H4a Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.

F5 Mengikut adat Perpatih, Ahli dalam setiap Suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.

H5a Manakala dalam adat Temenggung individu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak melanggar hukum islam.

F6 Jurai keturunan adat perpatihmemberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.

H6a Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang bertetapatan dengan faraid Islam.

b) Jelaskan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam undang- undang bertulis yang di amalkan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka? ( 8 Markah )


F1 Tanggungjawab raja
F2 dan pembesar
F3 Pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah
F5 Undang-Undang keluarga
F6 Permasalahan ibadah
F7 Jenis-jenis hukuman terhadap Kesalahan
F8 Hal-hal yang berkaitan perdagangan
F9 dan maritim
F10 Tugas-tugas nahkoda
F11 yang diumpamakan sebagai imam
F12 dan anak buah kapal dianggap sebagai makmun.

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pelaksanaan undang-undang di sesebuah Negara? ( 4 Markah )

F1 Untuk mengawal segala tingkahlaku manusia

F2 Mengatasi sebarang permasalahan yang akan berlaku

F3 Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera

F4 Undang-undang dan penguatkuasaan harus dipelihara tida kira apa keadaan

F5 Membendung tindakan liar manusia

F6 mewujudkan masyarakat yang tersusun

F7 menghukum pesalah yang melakukan kesalahan



POSTED BY LAMAN SEJARAH AT 10:28 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST
Ramalan SPM 2009 - Nasionalisme di Asia Tenggara
a) Berikan tiga ciri gerakan nasionalisme Tahap Pertama di Asia Tenggara?

F1 Isu kebudayaan

F2 Agama

F3 Hak peribumi

F4 Penentangan terbuka

F5 Bercorak setempat

F6 Tidak berorganisasi

F7 Dipimpin oleh golongan pertengahan

F8 Kesedaran politik

( 2 Markah

b) Berikan Dua ciri gerakan nasionalisme Tahap Kedua di Asia Tenggara?

F1 Radikal

F2 Berorganisasi

F3 Berpendidikan barat

F4 Matlamat jelas

F5 Menuntut kemerdekaan

( 2 Markah )

c) Namakan Dua pertubuhan gerakan nasionaisme tahap Pertama?

F1 Gerakan Dakyah

F2 Muhammadiyah

F3 Persatuan Belia Buddha

F4 Gerakan Islah

( 2 Markah )

d) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara yang lain?

F1 Tidak dijajah oleh kuasa barat

F2 Mendapatkan kuasa rakyat

F3 Hapuskan kuasa mutlak raja

( 2 Markah

d. Pada pandangan anda, bagaimanakah generasi hari ini dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita?

F1 mewujudkan perpaduan kaum
F2 Sanggup berkorbn untuk Negara
F3 taat setia kepada raja dan Negara
F4 Mematuhi arahan pemerintah
F5 menguasai ilmu pengetahuan
F6 penguasaan bidang sains dan teknologi
F7 Berfikiran positif dalam semua pekara
F8 Berfikir secara rasional

POSTED BY LAMAN SEJARAH AT 10:24 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST
THURSDAY, OCTOBER 15, 2009

Bab 3 Ting 4 - Tamadun Awal Asia Tenggara
a) Apakah maklumat yang terdapat pada batu bersurat ditapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara?
F1 Agama Hindu Buddha
F2 Pemerintahan
F3 Raja
F4 Undang-Undang
F5 Keagungan kerajaan
F6 Salasilah raja
F7 Amaran kepada yg menderhaka kepada raja
( 3 Markah )
b) Berikan Tiga contoh Bahasa sangskrit yang telah diserapkan ke dalam Bahasa Melayu?

F1 Dosa
F2 Dukha
F3 Deva
F4 Manusa
F5 Rupa
F6 Samsara
F7 Phala
( 3 Markah )

c) Nyatakan Dua puisi dan prosa jawa yang dipengaruhi oleh Bahasa Sangskrit?

F1 Negarakertagama

F2 Sutosoma

F3 Arjunawiwaha

F4 Kunjakarna

d. Pada pandangan anda, apakahkepentingan tulisan Sanskrit kepada penduduk tamadun awal?

F1 Bahasa sarjana

F2 Mencatatkan keagungan kerajaan

F3 bahasa Komunikasi masyarakat kerajaan awal

F4 mempengaruhi hasil karya tempatan

F5 Bahasa Agama masyarakat lampau

F6 mempengaruhi sastera jawa kuno

F7 Diserapkan ke dalam Bahasa Melayu

F8 Penggunaan dalam bahasa ilmu

POSTED BY LAMAN SEJARAH AT 10:26 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST
WEDNESDAY, OCTOBER 14, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009
Soalan Ramalan SPM 2009 – Soalan Struktur

Soalan 1
a.
Nyatakan lokasi pembentukan kerajaan agrarian?
b.
Nyatakan lokasi kerajaan maritime?
c.
Senaraikan dua kegiatan masyarakat agrarian
d.
Mengapakah kerajaan maritime menjalinkan
hubungan dengan kerajaan agrarian
e.
Bagaimanakah kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan
Srivijaya mencapai zaman kegemilangannya

Soalan 2
a.
Apakah maksud pendidikan tidak formal
b.
Apakah maksud pendidikan tidak formal
c.
Bagaimanakah pendidikan tidak formal disalurkan
kepada kanak-kanak dalam masyarakat Melayu
d.
Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan melalui
pendidikan tidak formal
e.
Dimanakah pendidikan formal dijalankan selepas
kedatangan islam
f.
Pendidikan tidak formal kurang diberi tumpuan
oleh masayarakat kini, Pada pandangan anda, apakah kesannya terhadap manusia
sekarang

Soalan 3
a.
Berikan nama parti kompenan yang menganggotai
Parti Perikatan pada tahun 1955
b.
Jelaskan kandungan manifesto Parti Perikatan
dalam menghadapi pilihanraya majlis Perundangan 1955
c.
Jelaskan rombongan rundingan kemerdekaan ke
London
d.
Berikan tiga iktibar peristiwa rundingan
kemerdekaan

Soalan 4
a.
Mengapakah Negara kita mengadakan pilihanraya
b.
Apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya kecil
c.
Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
d.
Apakah syarat-syarat untuk menjadi pengundi
e.
Sekiranya and menjadi seorang pengundi, apakah
criteria seorang calon yang akan menjadi pilihan anda?

61 Tip Pelajar Cemerlang Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah


61 Tip Pelajar Cemerlang Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
Tips Belajar oleh: Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.

Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafu dan emosi.

Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.

Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.

Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Tip 11
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

Tip 12
Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

Tip 13
Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

Tip 14
Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tip 15
Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Tip 16
Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yang sayang kepadanya.

Tip 17
Orang yang pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yang benci kepadanya.

Tip 18
Pelajar yang serasi rohnya dengan roh gurunya akan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 19
Sayangi dan doakan semua guru untuk serasikan roh dengan guru dan mendapat keberkatan ilmu.

Tip 20
Sayangi, bantu dan doakan semua kawan-kawan anda bagi mendapat keberkatan dalam pembelajaran.

Tip 21
Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Tip 22
Orang yang hatinya bersih makbul doanya, cerdas otaknya, sihat badannya, cun wajahnya dan ramai kawannya.

Tip 23
Mulai hari ini perbaiki setiap tindakan dan amalan kta untuk menjadi pelajar terbilang.

Tip 24
Jadikan diri anda sebagai ‘besi berani’ yang sentiasa menarik perkara positif kepada diri anda.

Tip 25
Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan akan mengubah dunia di sekitar anda.

Tip 26
Anda tidak boleh berubah selagi anda tidak menerima hakikat yang anda perlu berubah.

Tip 27
Langkah pertama untuk berubah ke arah yang lebih cemerlang adalah dengan menerima hakikat yang anda sebenarnya bermasalah.

Tip 28
Orang cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberi alasan.

Tip 29
Kenali diri anda yang sebenar sebelum anda dapat menyerlahkan kecemerlangan diri anda.

Tip 30
Tuhan bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambanya.

Tip 31
Perbaiki hubungan kita dengan Tuhan dan Tuhan akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.

Tip 32
Tuhan mencipta kita bagi melengkapkan dunia ini. Justeru, jadilah insan yang memberi manfaat kepada makhluk di atas muka bumi.

Tip 33
Semua orang sama ada baik ataupun tidak, adalah aset kepada kita dan membawa kebaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Tip 34
Pelajar terbilang sentiasa taat perintah Tuhan. Dirikan sembahyang lima waktu dengan istiqamah.

Tip 35
Pelajar yang ingkar perintah Tuhan tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang.

Tip 36
Pelajar yang cemerlang bersedia membantu kawan dan bersedia dibantu.

Tip 37
Pelajar yang cemerlang dapat mengawal emosi dan sentiasa ceria dan bersemangat.

Tip 38
Pelajar yang cemerlang mempunyai matlamat yang jelas, hebat dan dapat membakar semangatnya.

Tip 39
Pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan terknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar.

Tip 40
Pelajar yang cemerlang mempunyai imej diri positif dan yakin diri.

Tip 41
Pelajar yang cemerlang tekun menjalani riadah bagi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Tip 42
Pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Tip 43
Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan
yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.

Tip 44
Cari tempat tenang untuk belajar. Elakkan mendengar muzik semasa belajar.

Tip 45
Belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu.

Tip 46
Senyum sambil belajar membantu proses pembelajaran.

Tip 47
Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

Tip 48
Bangun pagi dengan tersenyum dan berdoa supaya sepanjang hari menjadi ceria dan bersemangat.

Tip 49
Orang yang gembira tidak semestinya tersenyum. Tetapi orang tersenyum pasti gembira.

Tip 50
Apabila anda sudah biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap dan yang silap terasa betul.

Tip 51
Semua orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang cemerlang.

Tip 52
Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

Tip53
Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh diperbaiki.

Tip 54
Orang yang berfikiran negatif mempunyai sepuluh kali ganda peluang mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran
positif.

Tip 55
Makanan kepada penyakit adalah pemikiran yang kotor dan negatif.

Tip 56
Kunci pembangunan diri adalah bersedia melakukan perubahan positif walaupun kecil, hari ini juga.

Tip 57
Dengan mendidik orang lain, kita akan menyentuh kehidupannya sepanjang hayat.

Tip 58
Semua penyakit ada ubatnya. Ubatnya ada di dalam diri kita.

Tip 59
Buatlah kebaikan atau perubahan positif setiap hari seolah-olah hari ini mungkin hari kita yang terakhir di dunia ini.

Tip 60
Orang cemerlang suka melakukan perkara yang orang gagal tidak suka lakukan.

Tip 61
Apabila anda berani mengaku bersalah, itu tanda anda semakin bijaksana.

* Petikan dari buku : Tips Pelajar Cemerlang
Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Tips Mengulangkaji Sejarah PMR

Tips Mengulangkaji Sejarah PMR
Tips-tips Mengulangkaji Sejarah Tingkatan 1, 2 & 3

Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. Ia bergantung kepada keupayaan individu, persekitaran, pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya.

Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa, sesuai, semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulang kaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulang kaji mata pelajaran Sejarah bagi membantu para calon PMR 1996 membuat persediaan rapi.

Mengetahui topik-topik penting.
Calon perlu mengetahui beberapa maklumat penting mengenai topik-topik pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga semasa membuat ulang kaji. Calon perlu mengetahui ciri-ciri utama soalan kertas Sejarah PMR termasuklah masa ujian, bilangan soalan, format soalan, kod kertas, topik-topik penting yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan dan sebagainya.

Jangan panik atau gementar jika calon belum mengulang kaji keseluruhan topik tersebut sepenuhnya. Lihat jadual yang disertakan di bawah ini sebagai panduan. Beri keutamaan kepada topik-topik penting yang menjadi minat anda dahulu.

Selalunya topik-topik penting akan diberi tumpuan semasa membuat ulang kaji. Kemudian diikuti dengan topik-topik yang lain. Buat ulang kaji dengan penuh minat dan ketekunan kerana minat dan ketekunan akan menyebabkan pembelajaran anda akan lebih tersusun! Dengan cara ini anda akan mengulang kaji topik-topik yang lebih sukar dan mencabar tanpa rasa bosan atau terpaksa.

Anda juga boleh membuat ulang kaji dan tumpuan yang lebih kepada topik-topik yang agak sukar dan mencabar dan mengurangkan penekanan kepada topik yang anda fikir lebih mudah dikuasai. Calon akan mengulang kaji dengan cekap dan seimbang bagi setiap topik untuk memperoleh hasil yang maksimum.

Tahun

1993

1994

1995

Tingkatan Satu 25% 30% 23%
Tingkatan Dua 32% 32% 35%
Tingkatan Tiga 43% 38% 42%
Jumlah Soalan 60% 60% 60%
Peratus kekerapan soalan PMR Sejarah KBSM secara keseluruhan


Mengulangkaji secara sistematik dan kronologi.
Peristiwa dan fakta sejarah biasanya disusun mengikut kronologi. Calon-calon perlu mengulangkaji tajuk-tajuk yang mempunyai fakta dan peristiwa yang terlalu padat mengikut susunan iaitu yang dahulu didahulukan, dan yang kemudian dikemudiankan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan bagi mengingat fakta dan peristiwa penting seperti tajuk di rajah 1 dan rajah 2.

Cadangan penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
27 Mei 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Julai 1961
Suruhanjaya Cobbald
19 Februari - 17 April 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Ogos 1962
Rujuksuara/Referendum di Singapura
1 Sept 1962
Brunei menolak cadangan Malaysia
Julai 1963
Rombongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Sabah dan Sarawak
16 Ogos - 5 Sept 1963
Pengisytiharan Malaysia
16 Sept 1963
Rajah 1 : Gagasan Malaysia sehingga penubuhannya pada 1963

Pentadbiran Tentera British
(1945)
Malayan Union
(1946)
Persekutuan Tanah Melayu
(1948)
Sistem Ahli
(1951)
Pilihan raya Majlis Bandaran
(1952)
Pilihan raya Umum
(1955)
Rundingan Merdeka (London)
(1956)
Suruhanjaya Reid
(1956)
Persetujuan Perlembagaan London
(Mei 1957)
Merdeka
(31 Ogos 1957)
Rajah 2 : Bentuk pentadbiran sehingga kemerdekaan

Berdasarkan Laporan Prestasi PMR 1993,1994 mata pelajaran Sejarah KBSM yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kebanyakan calon gagal menjawab dengan baik soalan yang berdasarkan peta, petikan, carta aliran, dialog dan penyataan kerana sering keliru dan tidak dapat mengaitkannya dengan sesuatu tajuk tertentu. Cuba huraikan fungsi setiap jawatankuasa suruhanjaya berikut sebagai latihan.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Jawatankuasa antara kerajaan (JAK)
Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu (MacMichaelmore)
Suruhanjaya Reid
Jika pelajar dapat menghuraikannya dengan baik, anda tidak mempunyai masalah mengulang kaji tanpa mengikut urutan!

Pertarikhan dalam mata pelajaran Sejarah
Peristiwa dan fakta Sejarah memang tidak boleh dipisahkan dengan tarikh. Perlu diingat, soalan Sejarah PMR dan KBSM tidak begitu membebankan pelajar dengan begitu banyak tarikh yang perlu diingat atau dihafal. Memadailah dengan mengingat atau menghafal tarikh penting atau kurun itu sahaja. Jika tarikh itu kurang penting, cuba ingati peristiwa penting pada awal, pertengahan atau akhir kurun tersebut. Lihat panduan dalam jadual 5 dan jadual 6 .

Tahun Tokoh Tempat
1831-1832 Dol Said Naning
1875 Maharaja Lela
Tok Sagor Perak
1875 Yamtuan
Tengku Antah Negeri Sembilan
1853 Rentap Sarawak
(Sungai Skrang)
1859 Syarif Masahor Sarawak
(Sarikei)
1891-1895 Dato' Bahaman
Tok Gajah Pahang
1894-1900 Mat Salleh Sabah
(Sungai Sugut)
Jadual 5 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada abad ke-19

Tahun Tokoh Tempat
1902 Banting Sarawak
(Batang Lupar)
1915 Tok Janggut Kelantan
(Pasir Putih)
1915 Antanum Sabah
(Rundum)
1922-1928 Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu
(Kuala Brang)
Jadual 6 : Penentangan tokoh tempatan terhadap British pada abad ke-20

Mengkaji perjanjian penting
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberi kesan kepada perkembangan sejarah politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap satu perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat-syarat atau isi yang berbeza dengan perjanjian yang lain. Malah lebih hebat lagi ia memberi implikasi yang bukan sedikit kepada negara kita. Antaranya ialah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau Perjanjian London 1824.

Sebab-sebab perjanjian London ditandatangani

Belanda membantah pembukaan Singapura dan mendakwa bahawa Singapura di bawah pengaruh mereka.
Sejak dibuka, Singapura terus berkembang dengan pesat dan perdagangannya bertambah.
Badan perdagangan di London dan Calcutta mendesak kerajaan British supaya terus menduduki Singapura. Kerajaan British ingin bersahabat dengan Belanda demi menjaga kepentingan masing-masing di Timur.
Pada 17 Mac 1824, kedua-dua kerajaan menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda atau Perjanjian London.
Isi-isi penting Perjanjian London



Singapura, Tanah Melayu dan India menjadi kawasan pengaruh British.
Wilayah di Selatan Singapura termasuk Riau-Lingga dan Hindia Timur menjadi kawasan pengaruh Belanda.
Belanda melepaskan tuntutannya ke atas Singapura dan mengakui Singapura sebagai tanah jajahan British.
Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
British menyerahkan Bangkahulu (Bencolen) kepada Belanda.
Belanda akan mengekalkan monopoli perdagangan di Pulau Maluku.
Belanda akan membayar RM100,000 kepada British untuk menyelesaikan hutangnya.
Perjanjian monopoli bijih timah di antara Belanda dengan Negeri-negeri Melayu akan dibatalkan.
Kesan-kesan penting perjanjian tersebut



Gugusan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua bahagian. British bebas meluaskan kuasanya di Tanah Melayu tanpa gangguan Belanda.
Empayar Johor-Riau juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kepulauan Riau-Linggi di bawah pengaruh Belanda dan tanah besar Johor di bawah pengaruh British.
Empayar Johor-Riau telah berakhir; Pahang (iaitu jajahan Johor) mengambil kesempatan membebaskan diri daripada kawalan Johor.
Pahang diperintah oleh keluarga Bendahara.
Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.
Cuba fahami setiap perjanjian-perjanjian penting, faktor-faktor yang menyebabkan termeterainya sesuati perjanjian, isi-isi perjanjian dan kesan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Contoh perjanjian-perjanjian yang popular dan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR ialah:

Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
Perjanjian Burney 1826
Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Persekutuan 1896
Perjanjian Bangkok 1909
Perjanjian Persekutuan 1966 dan lain-lain.
Sumbangan tokoh-tokoh penting tanah air.
Cuba ulang kaji juga mengenai biografi tokoh-tokoh penting negara seperti Maharaja Abu Bakar, Dato' Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Fokuskan kejayaan utama dan sumbangan mereka kepada negara. Walau bagaimanapun bacalah juga butir-butir peribadi mereka, pendidikan, latar belakang dan gambar foto mereka yang terdapat di dalam buku teks untuk memudahkan pelajar mengecam wajah tokoh-tokoh tersebut.

Bersedia dengan soalan berbentuk stimulus.
Para pelajar diminta membiasakan diri dengan soalan berbentuk peta, pernyataan, petikan, carta,graf, gambarajah, puisi, gambar foto, ilustrasi, maklumat peristiwa, situasi, dialog, perbilangan jadual, senarai dan sebagainya. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan bentuk soalan seperti ini semasa membuat ulangkaji akan lebih menguasai sesuatu tajuk dengan cepat dan cekap.

Membuat nota.
Pelajaran Sejarah tidak pernah membebankan pelajar dengan sesuatu yang terlalu mencabar hingga susah dicapai oleh kebanyakan pelajar. Apa yang penting, pelajar memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. Pelajar yang asyik membaca tetapi masih kabur dan tidak memahami topik yang dibaca perlu mengambil langkah berikut:

-membaca teks buku rujukan

- menggariskan fakta yang dianggap penting

- membaca sambil mencatat nota

Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi.

Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris!

Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.

Ulang kaji soalan lalu.
Calon PMR yang gemar menjawab soalan-soalan PMR Sejarah yang lalu akan lebih bersedia, lebih yakin, lebih bersemangat dan meramal bentuk atau format soalan akan datang. Mengetahui contoh-contoh soalan tahun lepas sangat berguna kepada calon. Ia memberi gambaran bagaimana sesuatu soalan dikemukakan, bilangannya, taburannya dan kekerapan setiap topik disoal.

Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan calon-calon PMR beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji.

Soalan ramalan.
Guna soalan ramalan bukan untuk meneka atau meramal soalan yang akan keluar. Soalan ramalan digunakan untuk membuat latihan dan menguji keupayaan calon sahaja. Jika soalan ramalan yang anda jawab itu keluar, anggaplah ia kebetulan atau sebagai bonus sahaja. Ini disebabkan soalan ramalan memang diragui ketepatannya. Jadi jangan terlalu percaya kepada soalan ramalan hingga tidak mahu mengulangkaji pelajaran.

Meneka jawapan dalam peperiksaan.
Boleh, jika calon tidak pernah menduga atau calon benar-benar tidak tahu soalan dan mengganggu jawapan yang dikemukakan. Bagaimanapun anda harus meneka secara bijak iaitu dengan membuat pilihan yang anda pasti betul dan membuang pilihan yang sudah pasti salah. Kemudian pilih jawapan yang paling tepat sehaja daripada pilihan jawapan yang tinggal. Lebih baik meneka daripada tidak menjawab langsung!

Membuat latihan sendiri.
Selalulah mencuba membuat latihan sendiri di rumah semasa membuat ulang kaji untuk menilai kelemahan diri sendiri di samping membuat latihan atau ujian yang diberikan oleh guru Sejarah anda di kelas. Apa yang penting ialah para pelajar harus mencuba dan terus mencuba latihan yang dibuat sendiri tanpa perasaan jemu atau terpaksa! Akhirnya, ia akan menjadi satu kebiasaan belajar yang berkesan.

Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar.

Habiskan ulang kaji sebelum bulan Ogos.
Anda mesti menghabiskan ulang kaji topik-topik penting mata pelajaran Sejarah sebelum atau pada bulan Ogos untuk memudahkan anda membuat latihan pelajaran lain juga. Jadi, pelajar harus mengisi masa yang terluang untuk membuat ulang kaji. Ingat, calon perlu mengasah kemahiran sendiri dengan menjawab soalan peperiksaan yang banyak demi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian semua mata pelajaran yang diambil dengan seimbang. Calon bukan berhadapan dengan kertas mata pelajaran Sejarah sahaja. Pelajaran lain juga perlu masa belajar yang seimbang.

Minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
Minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan ke arah kejayaan bagi merangsang calon untuk terus belajar. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh membantu calon meminati pelajaran Sejarah. Antaranya anda perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana anda mengingati nama-nama jaguh sukan negara. Anda juga boleh memgembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan pelajar dengan mata pelajaran Sejarah. Sekiranya anda ingin menjadi seorang peguam, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut.

Seterusnya, untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, anda perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah, mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar. Contohnya bila anda melihat Masjid Negara, anda dapat membayangkan fakta sejarah agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen, anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya. Ingat!

Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati.
Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.
Minat, kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akan membantu kecemerlangan.
Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya !
Semoga Berjaya !!!

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1. taat kepada Allah

2. Hormat kedua ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka.

3. Menghormati dan menyayangi guru serta tidak segan bertanya dan berinteraksi dengan guru.

4. Berkawan dengan kawan yang bersifat positif

5. Bersedia membantu kawan yang memerlukan bantuan

6. Mahir mengenai strategidan teknik menjawab soalan

7. Mempunyai imej diri yang positif

8. Memberi ganjaran dan penghargaan kepada diri sendiri

9. Menjalani kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan badan.

10.Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalanakan sebarang kegiatan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan

11.Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah

12.Sentiasa bertawakal.

Saturday, October 24, 2009

Selamat Datang Ke Pusat Tuisyen Desa Gemilang

Salam Ukhwah buat seluruh warga pencinta ilmu. Kesudian menjengah halaman ini didahului dengan kalimah penghargaan dan semoga barakah Allah sentiasa mendampingi setiap masa.

Sekadar menyelak kembali sejarah penubuhan pusat tuisyen ini sebagai ingatan kepada putera dan puteri peripentingnya pencarian ilmu dalam kehidupan.

Ilham untuk menzahirkan sebuah institusi pendidikan untuk anak-anak desa ini telah bermula sejak tahun 2003. Setelah melihat ada kelompangan di kalangan anak-anak desa yang gagal menjiwai kepentingan ilmu maka adalah terasa menjadi tanggunjawab kepada Andak untuk berdayung bersama-sama mereka menanam akal ke dalam kepala. Kegagalan anak-anak desa menguasai asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira) dengan baik merupakan satu kerugian kepada desa dan negara kerana mereka adalah pelapis untuk menggerakkan kemajuan agama, bangsa dan negara. Masyarakat setempat yang naif akan kepentingan ilmu perlu segera dikejut dan diperbetul ketidaktepatan fakta dan idealogi mereka agar dapat bersama-sama membangunkan generasi muda yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu.

Justeru kerana kelompangan dan kepincangan itulah menjadikan Andak seorang GURU. Guru cacat yang akan membantu semua anak desa ini malahan seluruh warga yang benar-benar cintai ilmu. Dalam kekurangan diri ini Andak akan berdayung bersama kalian membimbing kalian memenuhi impian. Walau cacat di mata, Andak akan tetap bersama kalian dalam apa keadaan sekali pun. Patah sayap, bertongkatkan paruh. Perjuangan ilmu perlu diteruskan.

Jendela Pusat Tuisyen Desa Gemilang telah dibuka untuk santapan semua pihak samada para pelajar dan sesiapa sahaja untuk bersama-sama merasai kerancakan gelombang keilmuan yang telah mula ditiup dalam sanubari anak-anak desa ini.
Pusat tuisyen ini bukan sekadar menumpukan pembelajaran di dalam kelas malahan ia lebih kepada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak & Belia. Pusat tuisyen ini dilihat mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu dalam melahirkan golongan muda yang cinta akan ilmu.

Halaman blog ini bakal memaparkan semua aktiviti yang telah dan akan dirancangkan oleh pusat tuisyen. Semoga para pelajar yang berada di perantauan ilmu dapat mengikuti perkembangan kelas setiap masa. Ingatlah, ikatan yang terjalin antara kita tidak akan terputus walaupun berada beribu batu dari Andak. Manfaatkanlan halaman ini untuk dalam menuju cita-cita. Bersiap siagalah mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang. Tanpa ilmu sudah pasti kalian akan keciciran.