Thursday, September 25, 2014

BICARA BAHASA 1

Banyak perkataan yang menggunakan apitan dipeR-...-i digunakan secara salah.
Yang digunakan sepatutnya ialah apitan di-...-i atau apitan dipeR-...-kan atau awalan dipeR- sahaja.
diperolehi (x) - diperoleh (/)
diperbaiki (x) - dibaiki (/)
diperkuasai (x) - dikuasai (/)
diperdalami (x) - didalami (/)
diperakui (x) - diakui atau diperakukan (/)
dipersetujui (x) - disetujui (/)
diperhalusi (x) - dihalusi (/)

Facebok : Isu Tatabahasa Bahasa Melayu (ITBM)
Drp: Chong
Minta.penjelasan tentang perkataan di bawah:
1. internet atau Internet?
2. parlimen atau Parlimen?
3. Jenayah juvana atau Jenayah juvenil?
Terima Kasih
Jawapan
1. Perkataan internet sepatutnya dieja dengan huruf kecil pada huruf pertamanya, iaitu internet. Namun demikian, banyak pihak yang menggunakan huruf besar, iaitu Internet.
2. Perkataan `parlimen’ dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti `Perdana Menteri membubarkan Parlimen’, huruf pertama pada perkataan parlimen dieja dengan huruf besar, iaitu Parlimen.
3. Perkataan yang baku untuk `juvana’ ialah juvenil. Oleh hal yang demikian, frasa jenayah juvenil lebih tepat.

Facebok : Kumpulan Rakan Guru BM Cikgu Ghalib

Thursday, September 4, 2014

Adalah merupakan/adalah berdasarkan?

Adalah dan ialah merupakan kata tugas yang dinamakan kata pemeri. Kegunaannya ialah sebagai menyempurnakan sesuatu ayat.
  • ialah digunakan di depan kata nama (KN)
  1. Saya ialah guru (KN).
  2. Sekolah itu ialah sebuah sekolah kluster (KN).
  • adalah digunakan di depan kata sendi nama (KSN) dan kata adjektif (KA)
  1. Hadiah itu adalah untuk (KSN) adik saya.
  2. Hadiah itu adalah sangat mahal (KA).
JADI ….
Penggunaan adalah merupakan / adalah berdasarkan dalam ayat adalah salah dan tidak menepati hukum bahasa. Merupakan dan berdasarkan merupakan kata kerja (KK), contohnya:-
  1. Kehancuran institusi rumah tangga adalah merupakan punca …..      X
  2. Jawaban / jawapan itu adalah berdasarkan ….. X
Sepatutnya ditulis:-
  1. Kehancuran institusi rumah tangga merupakan punca …..   /
  2. Jawaban / jawapan itu berdasarkan …..  /
Contoh kesalahan yang sama ialah:-
  • adalah merujuk
  • adalah berkuat kuasa
  • adalah meliputi