Friday, December 23, 2011

Yang TERSURAT dan Yang TERSIRAT 2


Yang Tersurat : 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Yang Tersirat :
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

Yang TERSURAT dan Yang TERSIRAT 1

Yang Tersurat :

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...


Yang Tersirat :
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

Wednesday, November 16, 2011

KATA TANYA ( ? )

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ).Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?
b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)
Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)

Salah:-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia. ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.Salah:-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan ‘macamanakah’.Betul:-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?
SEMOGA BERJAYA!

Friday, August 19, 2011

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN


Penanda Wacana
Contoh
Penggunaannya

Penanda Tambahan
-          Selain itu,.. / Tambahan pula,..
-          Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,..
-          Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,..
-          Bertitik tolak dari situ,..

-          Perenggan isi
-          Ayat huraian

Penanda Akibat
-          Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,..
-          Sebagai akibatnya,..
-          Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,..
-          Ayat huraian
-          Kesan sesuatu

Penanda Contoh Atau Ilustrasi
-          Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,..
-          Khususnya,.. / Tamsilanya,..
-          Terutamanya,..
-          Biar kita mengambil contoh,..
-          Yang dimaksudkan ialah..
-          Hal ini dapat dilihat melalui..


-          Ayat contoh

Penanda Keterangan Atau Penjelasan
-          Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,..
-          Tegasnya,.. / Sebenarnya,..
-          Hal ini demikian kerana,..
-          Secara empirikalnya,..
-          Menurut kajian..

-          Ayat huraian
-          Menegaskan sesuatu


Penanda Kesimpulan
-          Akhirnya,.. / Kesimpulannya,..
-          Pada keseluruhannya,..
-          Intihanya,.. / Konklusinya,..
-          Pendek kata,.. / Sesungguhnya,..
-          Jelaslah bahawa..

-          Perenggan penutup


Penanda Masa / Turutan
-          Pertamanya,.. /  Keduanya,..
-          Berikutnya,.. /  Kemudian,.. /  Kini,..
-          Keesokannya,.. / Pada masa itu, ..
-          Selepas itu,.. / Seterusnya,..
-          Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,..
-          Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,..
-          Dewasa ini,.. / Marcapada ini,..


-          Perenggan Isi
-          Ayat huraian

Penanda Perbandingan / Alternatif
-          Sebagai  perbandingan,.. / Ironinya,..
-          Sebaliknya,.. / Berbeza dengan..
-          Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,..
-          Sehubungan dengan itu,..
-          Dalam nada yang berbeza,..

-          Perenggan Isi
-          Ayat Huraian
-          Membandingkan sesuatu

Penanda Umum
-          Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,..
-          Ramai berpendapat bahawa..
-          Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,..

-          Ayat Huraian
-          Ayat Akhir perenggan Isi