Saturday, February 26, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul, PT Desa Gemilang dengan gabungan ahli Briged Remaja Bestari dan Akademi Tunas Desa telah berjaya menganjurkan satu program penghayatan sirah Rasulullah
pada :

Tarikh : 15 Februari 2011
Masa : 2.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : PT Desa Gemilang


Program pada saat-saat akhir ini telah berjaya menghimpunkan hampir 50 orang ahli terdiri daripada ahli Akademi Tunas Desa ( Kelab Kanak-kanak) dan ahli Briged Remaja Bestari.





















Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul - Biodata Rasulullah S.A.W.


Biodata Rasulullah s.a.w.



Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Sekian, wallahu a’lam

Bagaimana menjadi sahabat yang baik ?


Salam hormat kepada semua.

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.

Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik?

1) Memberi salam terlebih dulu bila bertemu.



2) Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3) Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.

4) Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

5) Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa dengki dan irihati.

6) Tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7) Memberi perhatian yang sungguh-sungguh ketita dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.

8) Tidak berbantah bantah atau berbalah balah lebih lebih lagi sehingga mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya diucapkan

9) Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan atau dibelakangnya.

10) Melahirkan kegembiran apabila menerima pertolongan,hadiah atau jasa baik sahabat.

11) Tidak menyebut nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya atau keburukannya.

12) Tidak berburuk sangka terhadap sahabat. Memandang sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.

13) Memberi nasihat terhadap kesalahannya dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rashia dan berhikmah.

14) Sentiasa mendoakannnya sama ada dia masih hidup atau setelah meninggal dunia.


15) Menjalinkan kasih sayang hingga keakhir hayat.

16) Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.

17) Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau senang. Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesedihannya.

18) Berterima kasih di atas kebaikanya.

'Menjadi sahabat yang baik dan memiliki sahabat yang
baik adalah ciri ciri orang bertakwa'

sekian.

Friday, February 11, 2011

Pasukan Silat Kuntau Helang Putih BRB 1

Sesi Latihan Silat

Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 9.00 Malam hingga 11.00 Malam
Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-kanak dan Remaja
PT Desa Gemilang












BRIGED REMAJA BESTARI - Kumpulan Silat Kuntau Helang Putih BRB

Briged Remaja Bestari merupakan sebuah kelab remaja bawah naungan PT Desa Gemilang. Kelab ini ditubuhkan bagi mempersiap remaja dengan kemahiran pentadbiran dalam sebuah organisasi. Remaja diberi tunjuk ajar dan kepercayaan dalam menguruskan sebuah organisasi bagi menyediakan prograM kepada ahli.

Kumpulan Silat Kuntau Helang Putih yang merupakan cabang daripada Briged Remaja Bestari. Pasukan ini merupakan antara kumpulan yang agak aktif menganjurkan aktiviti untuk ahli.

Sejak ditubuhkan pada 3 Disember 2010, ahli silat terus bertambah dan kini mencecah 50 orang ahli yang berdaftar. Kerjasama yang padu antara ahli dan kesungguhan mahaguru dan jurulatih telah berjaya merealisasikan beberapa program.

Antara program yang telah dijalankan :

1. Latihan silat setiap Jumaat & Sabtu

2. Undangan Silat Sempena Majlis Perkahwinan
- Kediaman ABu Bakar Omar ( Jurulatih )

3. Persembahan Khas pada Malam Pelancaran Briged Remaja Bestari

4. Undangan Silat Sempena Majlis Perkahwinan Pelajar
- Kediaman Nor Arfiah Zamri

5. Undangan Khas Sempena Majlis Perpisahan Pengetua SMK Sungai Baging

6. Majlis Bacaan Yasin Bersama Ahli

7. Undangan Silat Sempena Majlis Perkahwinan
- Kediaman Norasyikin Fauzi ( Ahli BRB )

8. Ekspedisi Kembara di Bukit Navy
(Pangkalan TLDM Tanjung Gelang)


Laporan bergambar bagi setiap program akan dikemaskini untuk tatapan ahli.

Bacaan Yassin & Bengkel Tatabahasa PMR & SPM

PT Desa Gemilang menggunakan peluang sepanjang cuti Tahun Baru Cina dengan menggandakan kelas kepada calon-calon peperiksaan utama UPSR, PMR & SPM.

Program Canang 1 merupakan satu usaha persediaan kelas melakukan ulangkaji bersama-sama calon. Slot khas diperkenalkan pada tahun ini iaitu Bengkel Tatabahasa yang menggabungkan calon PMR dan SPM setiap kali cuti sekolah.

Catatan sepanjang program cuti Tahun Baru Cina :

















Utamakan urusan dengan Allah, kemudian susuli dengan usaha.
Gabungan kelas PMR & SPM. Program Rawatan Bahasa.




Calon PMR 2011

Calon SPM 2011