Wednesday, December 2, 2009

Kesalahan Kata Ganti Nama Diri


Kata Ganti Nama Diri


a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
sedang berkata-kata:

SALAH - Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura
BETUL- Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

SALAH- “Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu,” kata Salina
BETUL- “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina


c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

SALAH- Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik
BETUL-Si Hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja transitif;

SALAH- Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia
BETUL- Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;

SALAH- Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang
BETUL- Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang


f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

SALAH-Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular
BETUL- Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

SALAH-Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu
BETUL- Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

SALAH-“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri
BETUL-"Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri

No comments:

Post a Comment