Monday, February 8, 2010

Selamat Pengantin Baru, Nisa





Fotografi : Lutfid90
eppie.alchemist@gmail.com
http://fotopasanganku.blogspot.com/

Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pelajar Andak, Khairunnisa Bt Kamaruddin, pada 7 Februari 2010 yg lalu.Maaf daripada Andak kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terpaksa memenuhi jadual kelas UPSR. Persembahan Dikir Barat Sri Gemilang pada malam berinai sebagai hadiah daripada Andak dan KSRK untuk pengantin. Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Hayati erti sebenar perkahwinan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Perkahwinan pada usia semuda ini sudah tentu menuntut persediaan yang kuat. Semoga Nisa dapat mengharungi perjalanan hidup yang telah dipilih ini. Cuma harapan seorang guru,walau apa jua gelaran dan status Nisa, cuba pertingkatkan ilmu dan kemahiran. Perkahwinan bukan penghalang dalam meningkatkan kualiti pendidikan Nisa.Jadilah isteri yang solehah. Tanggungjawab semakin besar.

Selamat Pengantin Baru.

No comments:

Post a Comment