Monday, May 2, 2011

KEM KEPIMPINAN 2011

Syukur ke hadrat Allah, dengan izin-Nya PT Desa Gemilang dengan paduan tenaga Briged Remaja Bestari telah menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sg Baging. Jemputan daripada pihak sekolah telah diterima oleh PT Desa Gemilang bagi membantu pihak sekolah dan sekali gus memberi peluang kepada ahli Briged Remaja Bestari mempelajari sesuatu yang baru dalam pengurusan.

Berikut merupakan maklumat program tersebut :

Tarikh : 23 hingga 25 April 2011
Tempat : Lagoona Villa Cherating

Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak kem tersebut berjaya dianjurkan dengan jayanya. PT Desa Gemilang & Briged Remaja Bestari mendoakan semoga peserta kem dapat mengadaptasi segala yang diberi sepanjang kem dalam kehidupan. Tahniah kepada peserta-peserta kem yang bersemangat waja.































No comments:

Post a Comment