Sunday, June 19, 2011

KEM JATI DIRI REMAJA MUSLIM 2011

Briged Remaja Bestari bawah naungan PT Desa Gemilang terus melakar sejarah bagi tahun 2011 dengan menganjurkan Kem jati Diri Remaja Muslim. Selepas kejayaan mengendalikan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sg baging pada 23 hingga 25 April 2011 yang lalu, pentadbiran briged menggembleng kekuatan ahli briged seramai 80 orang dengan penganjuran kem jati diri untuk ahli.

Program pertama kali dianjurkan oleh golongan remaja ini mendapat perhatian positif daripada pelbagai pihak. Kesudian Jawatankuasa Masjid Kg Sg Ular dan KAFA Hassan Al Banna membenarkan kami menggunakan fasiliti mereka amat membantu kelancaran program tersebut.

Tarikh : 8 hingga 10 Jun 2011
Tempat : Perkarangan Masjid Kg Sg Ular
Bil Peserta : 48 orang
Bil Fasilitator & Urus setia : 25 orang

Program serampang dua mata ini telah berjaya mengumpulkan seramai 48 orang remaja dan hampir 30 orang belia untuk berhimpun di rumah Allah. Secara tidak langsung program tersebut telah berjaya mendekatkan golongan muda dengan aktiviti masjid.

Penyertaan peserta kem bukan hanya dari Kg Sg Ular, malahan turut disertai oleh remaja dari Kg Cherating, Bkt Goh dan juga Kemaman. Modul pengisian sepanjang kem telah berjaya disampaikan oleh para fasilitator.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada Briged Remaja Bestari kepada:

Ketua Kampung, Kg Sg Ular
Jawatankuasa Masjid Kg Sg Ular
Pentadbiran KAFA Hassan Al Banna
Pengetua SMK Sg Baging
Belia Kg Sg Ular

Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Tahniah briged.





































No comments:

Post a Comment