Wednesday, June 25, 2014

Beza Penggunaan Perkataan 'Baru' dan 'Baharu'








Ramai orang keliru tentang penggunaan perkataa 'baru' dan 'baharu'. Ada sesetengah antara mereka berpendapat bahawa perkataan 'baharu' merupakan suatu kemunculan terkini. Tidak sama sekali. Ayuh kita fahami perbezaan antara kedua-dua perkataan ini.

Perkataan
Penerangan
Baharu
·   Merupakan kata adjektif yang menerang tentang sifat.
·   Padanannya dalam bahasa Inggeris ialah, ‘new’
Baru
· Merupakan kata bantu yang selalunya digunakan untuk menerangkan konteks 'baru-baru' ini.
·   Padanannya dalam bahasa Inggeris ialah ‘just’

Contoh penggunaan perkataan 'baharu' dalam ayat:
Ayah membelikan basikal baharu untuk Zulaikha.


Contoh penggunaan perkataan 'baru' dalam ayat:
Asyraf baru sahaja pulang dari Bandung.
Kredit kepada :
- See more at: http://www.ahsfantasy24.com/2012/12/beza-penggunaan-perkataan-baru-dan.html#sthash.Vh4pYwB5.dpuf




Apakah ejaan yang diguna pakai oleh pihak DBP samada "BARU" atau "BAHARU"?

Kedua-dua ejaan digunakan. 

Baharu/baru (kata sifat)seperti dalam penggunaan rumah baharu/baru, tugas baharu/baru

Baru (kata bantu) seperti dalam penggunaan baru-baru ini. 


Rujukan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baru&d=10

No comments:

Post a Comment