Impresif Ke Arah Progresif. Menzahirkan impian untuk melihat pembangunan dan perkembangan pendidikan masyarakat desa. Bukan sekadar pusat pendidikan bahkan berfungsi sebagai Pusat Aktiviti Kanak-kanak & Remaja.
Saturday, March 26, 2011
Cakna Bahasa : PETEMPATAN ATAU PENEMPATAN
AYAT YANG SALAH
1. *Kawasan penempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru ini.
2. *Petempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu penghantaran pulang ke negara masing-masing.
Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah penggunaannya. Petempatan bermaksud “kawasan yang baharu dibuka untuk didiami orang”, manakala penempatan bermaksud “perihal menempatkan”.
AYAT YANG BETUL
a) Kawasan petempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru ini.
b) Penempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu penghantaran pulang ke negara masing-masing.
Sumber : http://witra.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment