Saturday, March 19, 2011

Motivasi Kem Bina Sahsiah SK Seri Biram, Pekan

Alhamdulilah syukur kehadrat Yang Maha Suci, dengan izin-Nya Andak berjaya mengendalikan satu slot motivasi bersama pelajar-pelajar SK Seri Biram, Pekan pada 10 Mac 2011. Pada awalnya hanya pelajar-pelajar SK Seri Biram yang terlibat tetapi kemudiannya dimaklumkan ada jemputan calon UPSR dari SK Tanjung Agas dan SK Tanjung Medang. Alhamdulillah penyampaian pada malam tersebut lancar. Peserta-peserta memberikan komitmen yang baik walaupun program berlanjutan hampir jam 12 tengah malam.

Slot pada malam tersebut mensasarkan kepada suntikan semangat juang dan teknik-teknik belajar cemerlang. Kali ini tidak disasarkan sentuhan emosi yang terlalu tinggi memandangkan kumpulan sasar terdiri daripada pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi. Budaya belajar yang telah wujud dalam diri peserta menjadikan slot tersebut mudah dan lancar. Tahniah kepada calon UPSR dari ketiga-tiga buah sekolah. Semoga kejayaan cemerlang dapat diperolehi. Amin.





























Sahabat lama Hanim . Terima kasih kerana mengundang...Ustazah Hanim SK Seri Biram

No comments:

Post a Comment