Tuesday, November 10, 2009

Sambutan Hari Lahir Bersama Kumpulan Nur Hikmah





Selang 2 hari sambutan hari lahir yang diadakan oleh Kelab Sukan, Rekreasi Kg Sg Ular, hari ini, 9 November, Kumpulan Nasyid Nur Hikmah pula meraikan sambutan hari lahir Andak. Sambutan ini diadakan serentak dengan keraian kejayaan Nur Hikmah menduduki tempat kedua dalam pertandingan nasyid anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia yang diadakan 2 hari yang lalu.

Hari ini,Kumpulan Nur Hikmah telah bergabung sekali lagi dalam majlis ringkas tetapi penuh keceriaan. Gelak tawa ahli telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Hidangan makanan yang pelbagai jenis menjadi santapan semua sambil menonton tayangan video sepanjang pertandingan nasyid. Gurau senda sesama ahli menampakkan betapa kemesraan dan perpaduan antara mereka semakin utuh walaupun mempunyai idealogi politik yang berbeza.

Inilah antara kegembiraan yang paling Andak nantikan. Kejayaan Andak menyatukan mereka adalah lebih penting daripada kejayaan dalam pertandingan nasyid. Walaupun gagal dalam pertandingan tetapi dari satu sudut mereka tetap berjaya. Berjaya menyatupadu dan menganyam kemesraan sesama ahli.Kejayaan ini lebih penting bagi Andak.Kumpulan ini bukan sahaja berjaya berpadu suara malah turut berjaya berpadu hati. Tahniah semua. Semoga keakraban ini akan terus berkekalan. Amin.

No comments:

Post a Comment