Saturday, November 28, 2009

Faktor-Faktor yang Boleh Merangsang Kehebatan DalamPergaulan


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-


1.Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.


2.sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)


3.Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.


4.Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.


5.Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.


6.Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.


7.Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.


8.Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.


9.Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.


10.Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.


11.Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.


12.Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.


13.Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.


14.Jadilah pendengar dan kawan yang setia.


15.Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.


16.Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.



Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Tuesday, November 17, 2009

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM


BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM


1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

Kesalahan Ejaan Paling Popular


Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:

KESALAHAN..........................-->PEMBETULAN

i) *Kebanyakkan........................... kebanyakan
ii) *berkerjasama............................bekerjasama
iii) *kadang-kala..............................kadangkala
iv) *penyalah gunaan......................penyalahgunaan
v) * Disamping itu............................Di samping itu
vi) *kerosakkan...............................kerosakan
vii) *anti-merokok...........................antimerokok
viii) *serious...................................... serius
ix) *terguris........................................tergores
x) *seringkali .....................................sering kali
xi) *biadap.........................................biadab
xii) *television....................................televisyen
xiii) *penguatkuasa............................penguat kuasa
xiv) *dairi ............................................diari
xv) *barang kali...................................barangkali
xvi) *mengulangkaji.............................mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat...........................menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu............................bersatu padu
xix) *ibu-bapa......................................ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan...................pascakemerdekaan

Kepentingan Pengangkutan Awam



Kepentingan Pengangkutan Awam


Pendahuluan.
Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah.
Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil. Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.

1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama.
- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.
- kesesakan dapat dielakkan.
- menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.

2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.
- tambang pengangkutan awam lebih murah.
- kenaikan harga minyak sering berlaku.
- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.
- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.
- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki
perkhidmatan.
- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.
- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju,
perkhidmatan penerbangan tambang murah.

5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat
dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.
- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan
modal insan.
- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang
selamat.

Kesimpulan
- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Pendahuluan.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum semakin merosot. Hal ini membangkitkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan aktiviti kokurikulum kembali aktif. Namun sehingga kini cakap-cakap tentang pengabaian murid terhadap aktiviti kokurikulum kasih kedengaran. Sesungguhnya aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kepentingan.

1. Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid.
- mematuhi etika berpakaian.
- mematuhi masa.
- mengikuti peraturan yang ditetapkan.

2. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kepemimpinan.
- murid berpeluang menjadi pemimpin dalam organisasi.
- melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa.
- setiap murid berpeluang untuk memupuk bakat.

3. Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan.
- Aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan.
- Murid sentiasa aktif dan tidak diganggu penyakit.
- Badan yang sihat memungkinkan pembelajaran yang berkesan.

4. Aktiviti kokurikulum menghindarkan murid daripada terlibat dalam gejala sosial.
- Murid tidak membuang masa tanpa tujuan.
- Murid tidak melepak dan terlibat dengan aktiviti bercorak negatif.

5. Aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan.
- menggalakkan interaksi.
- mengenali dan menghormati antara satu sama lain.
- proses integrasi dalam kalangan murid.

Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum memang banyak kebaikan. Semua pihak mestilah berganding bahu untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti koku.

Imbuhan "me.." "mem...kan" & "me...i"

1. Abang membaca buku cerita untuk adik.
2. Abang membacakan adik buku cerita.

3. Cikgu Hasnah mengajar anaknya menulis karangan.
4. Cikgu Hasnah mengajari anaknya menulis karangan.
5. Cikgu Hasnah mengajarkan teknik penulisan karangan kepada anaknya.

6. Kakak membawa semangkuk bubur lambuk untuk nenek.
7. Kakak membawakan nenek semangkuk bubur lambuk.

8. Ibu menjahit baju kebaya untuk adik.
9. Ibu menjahitkan adik baju kebaya.

10. Ayah menulis sepucuk warkah untuk abang.
11. Ayah menuliskan abang sepucuk warkah.

12. Shuhada mengirimi Majidah kad hari raya.
13. Shuhada mengirimkan kad hari raya untuk Majidah.

14. Shahir mencari ulam pegaga untuk Hidayati.
15. Shahir mencarikan Hidayati ulam pegaga.

16. Datin Rosilah membekali suaminya buah kurma.
17. Datin Rosilah membekalkan buah kurma untuk suaminya.

18. Puan Hasiah membuat air sirap untuk Puan Masdura.
19. Puan Hasiah membuatkan Puan Masdura air sirap.

20. Puan Rohana menyuapi anaknya kuetiau goreng.
21. Puan Rohana menyuapkan kuetiau goreng ke dalam mulut anaknya.

22. Ariff meminjam novel Tegar di perpustakaan sekolah.
23. Ariff meminjami Firdaus novel Tegar.
24. Ariff meminjamkan novel Tegar kepada Firdaus.

25. Pak Musa menikami peragut itu dengan kerisnya.
26. Pak Musa menikamkan kerisnya ke paha peragut itu.

27. Encik Farozi memberi anaknya sebuah kamera digital.
28. Encik Farozi memberikan sebuah kamera digital kepada anaknya.

29. Puan Vimala membeli sebuah rumah banglo untuk ibunya.
30. Puan Vimala membelikan ibunya sebuah rumah banglo.

31. Penjual itu menawari gadis itu sebentuk cincin emas.
32. Penjual itu menawarkan sebentuk cincin emas kepada gadis itu.

33. Sultan menganugerahi Azrai Bintang Seri Kelana.
34. Sultan menganugerahkan Bintang Seri Kelana kepada Azrai.

35. Puan Ramziah menghadiahi suaminya kereta Proton Exora.
36. Puan Ramziah menghadiahkan kereta Proton Exora kepada suaminya.

Ke Arah Pembentukan Modal Insan

PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa perlumemainkan peranan yang lebih dalam soal ini sebab proses permulaan
pendidikan bermula dengan ibu bapa. Industri pengasuhan dan taska
boleh memainkan peranan yang lebih signifikan dalam soal ini.

Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak.

Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya.

Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna.

Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak.

Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah.



PERANAN GURU

Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab

Menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum

Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni

Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati daripada awal persekolahan

PERANAN KERAJAAN

Meningkatkan keupayaan dan minat bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
• Penguasaan Bahasa Inggeris
• Pendidikan Sains dan Teknologi
• Pembestarian Sekolah
Membentuk keterampilan dan keperibadian
• Pemantapan kurikulum
• Pemantapan Program Kokurikulum
• Pemantapan Program Sukan
• Pembudayaan adab dan budi bahasa
Pengukuhan program 3K(Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
• Kebersihan
• Kesihatan
• Keselamatan
• Pengukuhan disiplin pelajar
• Program Antidadah
Memantapkan dan memperbaharui dalam sistem pentaksiran dan penilaian

Friday, November 13, 2009

Selamat Berjaya Putera & Puteriku



SELAMAT BERJAYA CALON SPM 2009
Restu Andak sentiasa mendampingi kalian.
Try your best for your life.

Selamat Berjuang Putera-Puteriku :
# Hafiz Mazlan
# Syawaludin
# Hafiz Musri
# Ashraf
# Al-Amir
# Zaki
# Fadhil
# Zaizuhairi
# Raja Syafiq
# Firdaus
# Nurmasitah
# Normadarina
# Siti Aisah
# Farhana
# Fatimah Azzahrah
# Nurul Shaerah Elyana
# Nurshakinah
# Nor Hidayatul Akma
# Nur Hidayah
# Nursyafikah
# Siti Zulaikha
# Fairus Nur Hidayah
# Nur Ivana

Tanda-Tanda Sebelum Kematian

Sebagai org islam.. mengingati mati adalah sunat... tetapi meminta mati adalah berdosa..

Berkaitan dengan kematian... marilah sama2 kita renungkan ...tanda2 sblm mati...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanap... semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. wallahua'lam.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak...

Tuesday, November 10, 2009

Sambutan Hari Lahir Bersama Kumpulan Nur Hikmah





Selang 2 hari sambutan hari lahir yang diadakan oleh Kelab Sukan, Rekreasi Kg Sg Ular, hari ini, 9 November, Kumpulan Nasyid Nur Hikmah pula meraikan sambutan hari lahir Andak. Sambutan ini diadakan serentak dengan keraian kejayaan Nur Hikmah menduduki tempat kedua dalam pertandingan nasyid anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia yang diadakan 2 hari yang lalu.

Hari ini,Kumpulan Nur Hikmah telah bergabung sekali lagi dalam majlis ringkas tetapi penuh keceriaan. Gelak tawa ahli telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Hidangan makanan yang pelbagai jenis menjadi santapan semua sambil menonton tayangan video sepanjang pertandingan nasyid. Gurau senda sesama ahli menampakkan betapa kemesraan dan perpaduan antara mereka semakin utuh walaupun mempunyai idealogi politik yang berbeza.

Inilah antara kegembiraan yang paling Andak nantikan. Kejayaan Andak menyatukan mereka adalah lebih penting daripada kejayaan dalam pertandingan nasyid. Walaupun gagal dalam pertandingan tetapi dari satu sudut mereka tetap berjaya. Berjaya menyatupadu dan menganyam kemesraan sesama ahli.Kejayaan ini lebih penting bagi Andak.Kumpulan ini bukan sahaja berjaya berpadu suara malah turut berjaya berpadu hati. Tahniah semua. Semoga keakraban ini akan terus berkekalan. Amin.

Monday, November 9, 2009

Math is Easy - Secret Trick Multiplying

Secret Trick Math Division



Semoga putera & puteri dapat mengadaptasikan kecekapan pengiraan tersebut dalam kehidupan seharian.

Sunday, November 8, 2009

Kejutan Hari Lahir Bersama KSRK



Tanggal 6 November merupakan hari keramat bagi Andak. Ucapan hari lahir daripada ahli keluarga, para pelajar dan sahabat-handai silih berganti masuk ke kantung mesej telefon Andak menandakan Andak telah menjengah usia ke-31.

Setelah bergelar warga OKU pada tahun 1999, Andak sudah tidak mempedulikan tarikh keramat ini sebaliknya Andak lebih terkesan tarikh 7 Ogos kerana itulah titik tolak perubahan Andak dari kesempurnaan fizikal beralih kepada kekurangan. Sejak tahun pertama insiden tersebut, Andak seolah-olah menanti-nanti tanggal 7 Ogos setiap tahun. Bukan kerana untuk meraikannya sebaliknya rasa trauma yang tetap ada walaupun cuba disembunyikan.

Tetapi sejak bergelar seorang guru dan didampingi ratusan pelajar, belia dan beliawanis desa ini, insiden 7 Ogos semakin terpinggir untuk dikenangi atau dikesali kerana penerimaan para pelajar yang penuh kasih dan sayang.

Sambutan hari lahir pada setiap 6 November sering diadakan secara kejutan oleh para pelajar malahan golongan penjaga juga turut serta meraikan kehadiran 6 November.

Terkini, kejutan daripada ahli Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Kg Sg Ular telah mengambil giliran meraikan sambutan tersebut pada tahun ini. Jika tahun 2008 yang lalu, gabungan pelajar dan ibu bapa telah menghadiahkan satu sambutan hari lahir yang amat meriah. Kini, giliran ahli kelab pula mengambil alih. Tanpa sebarang hebahan dan ura-ura mereka telah mengatur majlis dan ringkas tetapi amat bermakna. Anak-anak dan suami ditinggal seketika semata-mata untuk menzahirkan sambutan yang penuh keikhlasan. Terima kasih tidak terhingga buat En Abdullah, En Hanafi, Kak Yah, Kak Ngah, Kak Ayu, Kak Nor, Kak Zi, Kak Long dan sahabatku Maiyus. Majlis ringkas tetapi amat bermakna.

Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan mereka untuk Andak.

Pertandingan Nasyid AMANAH IKHTIAR MALAYSIA








Setelah dipelawa oleh sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Kg Sg ular, Andak telah menerimaa pelawaan mereka untuk melatih kumpulan nasyid yang terdiri daripada golongan ibu.Walaupun kumpulan nasyid ini tiada sebarang kaitan dengan pusat tuisyen, atas dasar tanggungjawab terhadap desa ini Andak perlu bersama-sama mereka membawa nama Kg Sg Ular ke persada untuk lebih dikenali ramai.

Kumpulan Nur Hikmah terdiri daripada 10 orang sahabat AIM dan seorang pengurus telah sudi berada di bawah naungan dan tunjuk ajar Andak dalam merealisasikan kejayaan dalam pertandingan yang bakal diadakan melibatkan 9 buah kumpulan. Setelah berlatih selama hampir 2 minggu, pada 7 November 2009 (Sabtu), bertempat di Dewan Orang Ramai Balok, maka berlangsunglah pertandingan nasyid anjuran AMANAH IKHTIAR MALAYSIA.

Walaupun kali pertama menyertai pertandingan, peserta-peserta amat bertenaga dan bersemangat dalam membuktikan keupayaan kumpulan. Perpaduan yang semakin erat dan utuh antara ahli kumpulan memudahkan segala usaha Andak dalam melatih mereka. Disiplin dan profesionalisme yang ditonjolkan oleh semua ahli kumpulan amat membanggakan Andak. Justeru tidak hairanlah persembahan mereka di pentas pertandingan amat membanggakan. Pada awal awalnya, Andak tidak merancang untuk turut serta ketika pertandingan tersebut tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai insan yang diamanahkan untuk melatih mereka, akhirnya Andak turut hadir pada hari pertandingan tersebut. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, apa jua yang bakal berlaku ketika hari pertandingan perlu dipikul oleh kami semua.


Berkat kesabaran dan disiplin ahli kumpulan, akhirnya Kumpulan Nur Hikmah telah menjadi Naib Johan pertandingan tersebut. Tahniah kepada semua ahli. Secara tuntasnya, walaupun gagal menjadi Johan Keseluruhan tetapi Andak tetap gembira atas kejayaan ahli dan ini merupakan satu hadiah hari lahir yang bermakna bagi Andak.
Tahniah akak-akak...