Kesalahan Ejaan Yang Lumrah…?
Sering sangat berlaku kekeliruan ketika mengeja sesetengah perkataan. Hal ini bukan sahaja terjadi kepada para pelajar bahkan masyarakat umum juga. Disebabkan sikap memandang mudah, maka gejala sebegini terus berlaku. Para pelajar dan anggota masyarakat pengguna bahasa mestilah prihatin dan peka akan sistem ejaan bahasa Melayu yang telah lama digubal. Antara contoh kesalahan ejaan yang lumrah terjadi ialah:-
- merbahaya sepatutnya > berbahaya
- tauladan sepatutnya > teladan
- keretapi sepatutnya > kereta api
- aturcara sepatutnya > atur cara
- mendokong sepatutnya > mendukung
- mempastikan sepatutnya > memastikan
- mengkebumikan sepatutnya > mengebumikan
- menyonteng sepatutnya > menconteng
- menyintai sepatutnya > mencintai
- mensasarkan sepatutnya menyasarkan
- kasih-sayang sepatutnya > kasih sayang
- jawatan kuasa sepatutnya > jawatankuasa
- keibu-bapaan sepatutnya > keibubapaan
- lebuhraya sepatutnya > lebuh raya
- mempastikan sepatutnya > memastikan
- anti-dadah sepatutnya > antidadah
- ko-kurikulum sepatutnya > kokurikulum
- perlantikan sepatutnya > pelantikan
- urusetia sepatutnya > urus setia
- perabut sepatutnya > perabot
- pelakun sepatutnya > pelakon
- tips sepatutnya > tip
- Ramadhan sepatutnya > Ramadan
- hajjah sepatutnya > hajah
- beterbangan sepatutnya > berterbangan
- jurukur sepatutnya > juruukur
- mampan sepatutnya > mapan
- muslimah sepatutnya > muslimat
- juru wang sepatutnya > juruwang
- ilmuan sepatutnya > ilmuwan
dan banyak lagi…….
Ejaan: Pelik tapi benar…?
Jika diteliti dan dibandingkan bahasa Melayu yang digunakan semasa berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang dipelajari di bilik darjah, banyak sekali perbezaannya sama ada dari segi tatabahasa, ejaan mahupun dari segi makna. Percaya atau tidak?
Di bawah ini akan cikgu cuba berbicara tentang perbezaan ejaan perkataan yang sehingga kini masih mengelirukan semua pihak, terutama pelajar.
- mertua @ mentua > yang digunakan di bilik darjah ialah mentua.
- guris @ gores > gores yang betul.
- mustika @ mestika > mestika yang betul.
- istirehat @ istirahat > istirahat yang betul.
- merbahaya @ berbahaya > berbahaya yang betul.
- kerinting @ keriting > keriting yang betul.
- serunding @ serondeng > serondeng yang betul.
- pensil @ pensel > pensel yang betul.
- mendokong @ mendukung > mendukung yang betul.
- kekanda @ kakanda > kakanda yang betul.
- tips @ tip > tip yang betul.
- sireh @ sirih > sirih yang betul.
- selsema @ selesema > selesema yang betul.
- agen @ ejen > ejen yang betul.
- cincang @ cencang > cencang yang betul.
Kredit kepada http://azemi09.wordpress.com/category/eh-salah-tu/
No comments:
Post a Comment