TUGASAN:
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut.
KATA SENDI/KATA HUBUNG
- Diharapkan mereka mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku itu.
- Anggota pasukan keselamatan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk mencapai objektif operasi.
- Selain daripada mengulang kaji pelajaran, pelajar juga seharusnya membantu keluarga di masa cuti persekolahan.
- Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Singapura terpaksa ditangguhkan oleh kerana hujan lebat.
- Remaja dewasa ini mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang boleh merosakkan jati diri mereka.
- Ibu bapa pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan PMR 2013 mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan guru-guru.
- Guru subjek Bahasa Melayu begitu mengambil berat terhadap kelemahan pelajar dalam bidang tatabahasa.
- Dari membuang masa melakukan kerja-kerja tidak berfaedah, baik aku membaca buku.
- Perdebatan hangat telah berlaku di antara ahli-ahli jawatankuasa di dalam mesyuarat itu.
- Walaubagaimanapun dia tetap terpilih sebagai Ketua Pelajar sekolah itu.
- Pelajar perlu cepat sedar akan kelemahan diri agar supaya mereka berjaya di dalam mengejar cita-cita.
- Jangankan ibu, ayahpun gagal mengangkat meja yang berat itu.
- Dia tidak hadir ke sekolah sebab masalah kesihatan.
- Kamu mesti membantu keluarga bila kamu besar nanti.
- Sementara dengan menunggu majlis bermula, para undangan dipersembahkan dengan pertunjukan silap mata.
- Jika sekiranya beliau tidak hadir, majlis itu terpaksa ditangguhkan dahulu.
- Baik guru mahu pun pengetua, semuanya ditegah dari memasuki bilik persiapan itu.
- Mereka menjelaskan yang aktiviti itu akan dilaksanakan dengan seberapa segera.
- Sambil dengan menjahit pukat, nelayan itu juga membetulkan ikatan pada alat tangkapan itu.
- Emak mencuci beras sambil menanak nasi.
- Ayah sedang berbincang mengenai tarikh balik kampung sempena cuti sekolah nanti.
- Kerana ketinggalan bas saya terpaksa pergi sekolah dengan basikal.
- Buku Koleksi soalan BM ada dengan kawan baik saya.
- Sejak dari zaman remaja lagi, orang itu terlibat di dalam kes penyalahgunaan dadah.
- Antara faktor-faktor menularnya kes ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya, kurang kesedaran dan kurang perhatian dari ibu bapa.
Kredit kepada http://azemi09.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment