LATIHAN SOALAN PT3
LATIHAN PT3 BAHASA MELAYU BAHAGIAN A 1a, 1b dan 1c
A
|
Betulkan DUA ejaan bagi kata yang salah dalam ayat-ayat di bawah
dan berikan SATU peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat tersebut | |
i
|
Tindakan pengawai-pengawai Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membenteras kegiatan cetak rompak hanya bersifat sementara, sekadar mematuhi arahan kerajaan | |
ii
|
Pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas di gudang simpanan barangan
elektrik di tahan oleh pihak polis kerana bersubhat dalam kes kehilangan barang-barang elektrik yang bernilai RM1 juta | |
iii
|
Pihak Amerika Syarikat sering menuduh negara lain tidak megamalkan hak asasi
manusia, sedangkan kerajaan negara itu juga sering mezalimi pendatang asing | |
iv
|
Pak Ludin yang di buang kerja itu kini hidup lebih menderita apabila isterinya turut diberhentikan daripada menjadi pembantu dirumah orang kaya itu
| |
v
|
Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak
kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti | |
B
|
Betulkan EMPAT imbuhan yang salah penggunaannya dalam ayat –ayat di bawah
dan berikan TIGA peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat-ayat tersebut. | |
i
|
Mereka telah gaduh akibat pembahagian harta pusaka yang tidak adil.
Namun , mereka telah baik semula setelah tidak tegur sapa hampir tahun lamanya. Semuanya mahu melupakan segala selisihan faham yang lalu dan membina hidup baharu. Mereka sedar bahawa semua manusia akan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam kehidupan | |
ii
|
Setelah simpan wang bertahun-tahun lamanya, Encik Raju telah berjaya beli
sebuah rumah yang selesa. Beliau sentiasa mengingatkan anak-anak beliau supaya sedar bahawa jika melakukan sesuatu secara beransur-ansur, manusia akan capai matlamat yang dihajat, manusia juga tidak harus berhenti berusaha kerana selagi manusia mahu berusaha, kejayaan pasti akan dicapai juga | |
iii
|
Hasmawi pandai suaikan dirinya dengan masyarakat tempat kerja barunya.
Peribadinya terserlah kerana dia sangat sopan santun apabila bercakap dengan pekerja-pekerjanya. Walaupun dia berpangkat besar di tempat tersebut, dia tetap berpendapat wibawaannya tidak akan jejas walaupun dia mengamalkan sikap merendah diri | |
iv
|
Tindakan pemuda itu beri hadiah kepada Pak Hamid bertujuan untuk ikat Julia,
anak gadis Pak Hamid. Namun demikian, Pak Hamid sentiasa waspada dengan tindakan itu kerana dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anak gadis kesayangannya , Pak Hamid tidak mudah percaya kepada pemuda yang kelihatan baik itu kerana kadang-kadang wajah yang baik tidak cermin perangai seseorang
Kredit kpd :
http://cikgusidik.blogspot.com/2014/05/soalan-kertas-2-pt3-gabungan-solan-1a.html |
No comments:
Post a Comment