SEJARAH TINGKATAN SATU
BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN
SEMULA KEWIBAWAAN
KESULTANAN MELAYU
MELAKA
(1) Usaha-usaha menegakkan semula Melaka
1. Melaka dikuasai oleh Portugis --- Sultan
Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya
termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2. Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.
3. Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4. Baginda ke Pulau Bentan.
5. Di Bentan - kumpul tentera dengan bantuan
penduduk jajahan takluk.
6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan
Sultan Aru (Deli) menghadap Sultan Mahmud
Shah di Bentan.
7. Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah
Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong
menyatakan taat setia kpd baginda.
8. Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9. Serang-menyerang Melaka dan Bentan.
10. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar
(jajahan takluk Melaka)
11. Mangkat di Kampar
(2) Pengasasan kerajaan Johor
a) Penerusan warisan Melaka
1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi
sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3. Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan
di Tanah Besar Johor
5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan
bangunkan pentadbiran kerajaan Johor di Pekan
Tua.
6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi
menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk
Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa
baginda sultan.
8. Sultan Johor mengawal hal ehwal Pahang.
9. Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan
oleh sultan Johor.
10. Johor menguasai Aru.
11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa
Johor ke atas jajahan takluknya.
12. Beliau menempatkan wakilnya di
i. Bengkalis
ii. Kampar
iii. Jambi
iv. Siak
v. Rokan.
13. Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai
angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14. Negeri yang dikawal oleh Johor membekalkan
barangan eksport ke Johor .
15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan
gading gajah.
16. Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar
seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor
sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
(b) Usaha Johor menguasai Melaka
1. Pemerintah Johor, pembesar dan rakyat tidak
berputus asa menawan semula Melaka.
2. Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3. Angkatan perang Johor bergabung dengan
angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa)
untuk menyerang Melaka.
4. Serangan gagal sebab
i. kekebalan kota Melaka
ii. persenjataan Portugis yang lebih baik
5. Serangan angkatan Johor berterusan
6. Pembesar Johor yang usaha menawan semula
Melaka
i. Tun Sri Lanang
ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
7. Gabungan Johor dengan Belanda berjaya
mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8. Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka
dari darat.
9. Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10. Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki
Melaka.
c) Kebangkitan Acheh
1. Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari
Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki beralih ke
Acheh.
2. kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin
menghapuskan monopoli perdagangan di
kalangan pedagang asing.
3. Portugis kenakan peraturan dan sekatan
perdagangan yang ketat.
4. Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang
asing.
5. Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam,
Acheh jadi kuasa kuat kerana menguasai
perdagangan Selat Melaka.
6. Beliau berazam kuasai Tanah Melayu.
7. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8. Setelah menawan Pahang, Acheh berperanan
menentukan bakal sultan Johor.
9. Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10. Penaklukan tersebut membolehkan Acheh
menguasai perdagangan lada hitam yang
diperlukan oleh pedagang asing.
d) Persaingan antara Johor dengan Acheh
dan Portugis
1. Johor, Acheh, Portugis bersaing menguasai jalan
perdagangan di Selat Melaka.
2. Perang selama 100 tahun - dikenali sebagai
Perang Tiga Segi.
3. Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4. Johor menyerang Melaka - ingin merampas
semula Melaka daripada Portugis.
5. Acheh menyerang Melaka kerana Portugis
menghalang perdagangan Acheh.
6. Acheh menyerang Johor kerana Johor
mengancam perdagangan Acheh
7. Portugis menyerang Johor kerana menganggap
Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang
Melaka.
(3) Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a) Jajahan takluk Johor dan kecekapan
pentadbiran
1. Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari
Klang hingga Singapura.
2. Johor menguasai
i. Klang
ii. Batu Pahat
iii. Muar
iv. Pahang
v. Bentan
vi. Lingga
vii. Bangkalis
viii. Kampar
ix. Siak
3. Faktor kegemilangan Johor.
i. Kecekapan sultan
ii. Kecekapan pembesar
iii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv. Perkembangan bidang persuratan
b) Johor sebagai Pusat Perdagangan
1. Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana
mempunyai jajahan takluk yang luas.
2. Johor - pelabuhan entrepot bagi Kepulauan
Melayu.
3. Kapal dagang Johor berdagang hingga ke
Maluku dan Makasar.
4. Ramai pedagang asing datang ke Johor spt
pedagang China dari Canton dan Amoy.
5. Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor
seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6. Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat
pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah
dari Batu Sawar ke Riau.
7. Barangan tempatan yang diperdagangkan
termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu,
minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam,
kayu gahuru dan beras
8. Johor sebagai pembekal kain corak baru
9. Barangan luar negeri yang didagangkan seperti
benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar
dan tembaga dari China.
10. Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti
gudang dan khidmat membaiki kapal.
11. Perdagangan dijalankan melalui
i. cara tukar barang
ii. mata wang.
12. Mata wang emas dikenali sebagai mas
13. Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14. Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15. Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin
Riayat Shah II.
16. Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor
seperti
i. Dolar Sepanyol
ii. Dolar Mexico
iii. duit Belanda.
17. Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan
mengamalkan cukai yang berpatutan.
18. Setiap bahara lada hitam - dikenakan cukai
sebanyak enam keping emas.
19. Setiap bahara timah - cukainya sepuluh keping
emas.
20. Keselamatan pedagang asing, sistem naungan
diamalkan.
21. Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh
i. Bendahara
ii. Raja Indera Bongsu
iii. Temenggung
iv. Laksamana.
22. Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh
Orang Laut.
23. Orang Laut menjadi
i. pengawal pelabuhan
ii. pengawas perairan Johor
iii. Penunda
iv. penunjuk arah kepada pedagang.
24. Keistimewaan pelabuhan Johor
i. terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii. jadi pintu masuk di selatan Selat Melaka
iii. kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan
Timur.
iv. menjadi pusat membina kapal persisiran
pantai seperti banteng, baluk, kolek,
pencalang dan pencacap.
No comments:
Post a Comment